Sir
William Ivor Jennings,
KBE, (16 Mei 1903 - 19 Disember 1965) merupakan seorang
peguam British, dan
pendidik yang telah pergi ke
Ceylon (sekarang Sri Lanka) dalam tahun
1942 dengan satu mandat untuk membina sebuah universiti di tempat tersebut, pada masa itu sebuah koloni. Instisi berkenaan, mengikut model
Oxbridge, telah dinamakan sebagai
Universiti Ceylon dan merupakan yang pertama ditubuhkan di
Colombo, ibu negara Ceylon, sebelum dipindahkan pada tahun 1952 kepada satu kampus khas di
Peradeniya.Pada 1955, Jennings mendapat ijazah kedoktoran kehormat dengan undian senat Universiti Ceylon untuk mengiktiraf jasanya dalam mengasaskan dan membangunkan institusi tersebut. Pada tahun yanh sama, dia kembali ke Britain untuk menyandang jawatan Ketua
Trinity Hall, Cambridge. Selepas itu, dia menjadi Naib-Canselor
Universiti Cambridge, suatu jawatan yang ketika itu digilirkan di antara ketua-ketua kolej.Jennings merupakan ahli dalam
undang-undang perlembagaan dan seorang penulis buku sahih mengenai cara
Perlembagaan United Kingdom berfungsi. Dia juga terlibat dalam mendraf
Perlembagaan Persekutuan Malaya sebagai anggota
Suruhanjaya Reid.